السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Monday, May 14, 2012

Perbezaan Medela Freestyle Breast Pump UK, US, Switzerland & Malaysia

Assalamualaikum & Good Evening... hari ni seharian sy dok search pasal breast pump... kenapa? sbb my sis nak minta sy belikan dan berikan pendapat yang mana yang terbaik n ok :) so searching punye searching... saya terjumpa Natural Parenting Store dan dia melayan setiap pertanyaan saya dengan baik. thanks to NPS :)


Disini saya kongsikan 'copy n paste' maklumat yang saya perolehi dari Blog Lilkaistore Blog diatas perkongsian yang saya rasa sangat menarik dan wajib diketahui oleh pembeli atau bakal pembeli breast pump terutamanya model Medela Freestyle ni.

So ikuti cerita yg di'copy & paste' ini ya...

Apa beza Medela Malaysia dengan Medela US dan UK?



Pengenalan tentang Medela

Masih ramai yang tidak tahu bahawa terdapat pelbagai jenis Medela breast pump origin, antaranya Medela US, Medela UK dan Medela Switzerland. Ya, memang Medela Inc hanya satu, iaitu terletak di Baar, Switzerland, di setiap negara Medela Inc telah melantik Authorized Distributor untuk memasarkan produknya di negara-negara tersebut. Di Malaysia, Lactaequip dilantik sebagai Medela Malaysia Authorized Distributor cum Service Centre. Lactaequip pula mengimport Medela dari Switzerland untuk dipasarkan di Malaysia. Untuk Medela US origin, pasarannya hanya tertakhluk untuk negara US sahaja, begitu juga dengan Medela UK. Kenapa Malaysia mengimport dari Switzerland? Kerana spesifikasi breast pump dari Switzerland memenuhi piawaian penggunaan di Malaysia.

Perbezaan Medela Switzerland, US dan UK?

Label
Di bawah setiap kotak Medela breast pump (manual, single electric atau double electric) akan tertera origin setiap breast pump tersebut. Jika breast pump itu anda beli dari Authorized Dealer Malaysia, anda seharusnya mendapat breast pump Medela Switzerland origin dan di kotak tersebut mempunyai Lactaequip warranty card. Jika breast pump tersebut dari US, maka ia akan tertera alamat Medela US, begitu juga jika ianya Medela UK. Medela US dan UK tidak mempunyai sebarang warranty card kerana pengguna breast pump ini perlu claim warranty direct kepada Authorized Distributor di US atau UK, bukan kepada Authorized Dealer mereka.

Harga
Biasanya harga Medela US atau UK lebih rendah berbanding harga Medela Switzerland. Jika anda lihat harga Medela Harmony RM160-RM199, Medela Swing RM500-RM600 dan Medela Freestyle RM1200-RM1700, maka anda sedang melihat Medela US atau UK origin. Harga-harga ini merupakan range harga yang biasa diletakkan oleh setiap independent seller. Jika anda melihat harga lebih dari harga seperti di atas, maka anda berkemungkinan melihat Medela Switzerland with Lactaequip Warranty Card. Walau apapun, bertanya dulu dengan seller sebelum membeli untuk kepastian.

Authorized Dealer
Lactaequip (Medela Malaysia Authorized Distributor) hanya melantik Medela Authorized Dealer dari kalangan peniaga yang memiliki retail outlet atau kedai fizikal sahaja. Mereka tidak melantik mana-mana peniaga yang hanya menguruskan perniagaan secara online. Maka, jika anda ingin membeli secara online, pastikan anda bertanya dahulu dengan seller sama ada breast pump tersebut warranted by Lactaequip atau tidak. Kebanyakan butik penyusuan seperti kami beroperasi secara retail outlet dan online. Maka, walaupun anda membeli secara online dari kami, anda akan tetap mendapat Medela warranted by Lactaequip kerana kami juga merupakan Medela Authorized Dealer.

Isi kandungan setiap breast pump
Terdapat beberapa perbezaan ketara isi kandungan di dalam kotak breast pump Medela US dan Medela Switzerland (Dijual oleh Lactaequip). Di dalam setiap Medela US (sama ada Medela Harmony, Swing atau Mini Electric) terdapat lebih 2 biji botol yang mana salah satunya adalah feeding bottle (sekali dengan teat dan travel cap). Di dalam Medela Switzerland pula, ia lebih bermanfaat yang mana mereka memberi lebih spare part iaitu sebiji Medela PersonalFit breastshield (24mm-M size) sebagai alat ganti seandainya Medela SoftFit anda rosak setelah memakainya untuk beberapa lama. PersonalFit ini bernilai RM69.

Jika anda membeli Medela Freestyle switzerland pula, anda akan menerima beberapa item tambahan berbanding yang terdapat di dalam Medela Freestyle US iaitu 2pcs bottle stand untuk keseimbangan botol jika berisi susu (tiada di dalam Medela Freestyle US), Universal adapter (all-in-one, anda boleh guna salah satu dari adapter ini semasa berada di luar negara mengikut kesesuaian plug pin), 2pcs feeding bottle travel cap (Medela Freestyle US hanya memberi 1 unit sahaja), 2pcs PersonalFit Breastshield (24mm-M size) sebagai spare part yang bernilai RM138 (spare part ini tiada di dalam Medela Freestyle US).

Warranty
Lactaequip hanya memberi dan menerima warranty kepada pengguna yang mempunyai Lactaequip Warranty Card (LWC) sahaja. Jika anda mempunyai LWC, maka anda patut sedar bahawa anda mempunyai lesen besar untuk mendapatkan servis dari Lactaequip. Lesen besar, bermaksud lebih dari warranty. Ya, dengan memiliki LWC, anda bukan sahaja mendapat warranty dari Lactaequip tetapi juga 'breast pump insurance' under Lactaequip. 'Breast pump insurance' akan saya jelaskan kemudian.

Jika anda pengguna Medela US atau UK, warranty breast pump anda tidak diiktiraf oleh Lactaequip. Maka, anda hanya dapat warranty dari independent seller tersebut sahaja (jika mereka provide warranty sendiri). Saya juga ingin ingatkan anda, Medela US dan UK tidak iktiraf warranty pada international customer yang membeli breast pump mereka. Tindakan mereka adalah sama seperti Lactaequip, ini kerana kesemua Medela Authorized Distributor mematuhi polisi ketat dari Medela Inc. Malahan, adalah dilarang untuk mana-mana Authorized Distributor dan Dealer dari kedua-dua negara ini untuk menjual Medela breast pump (terutama sekali Medela Freestyle) ke negara lain selain di dalam US dan UK sahaja. Oleh itu, anda perlu bertanya dengan seller tentang warranty claim, iaitu di mana mereka perlu berurusan jika breast pump rosak atau perlu di servis semasa warranty masih berlangsung.

After Sale Service
Lactaequip provide Lifetime After Sale Service kepada pengguna yang mempunyai Lactaequip Warranty Card (LWC), semasa warranty berlangsung atau selepas warranty tamat selagi anda masih menggunakan breast pump tersebut. Breast pump anda akan di servis oleh Lactaequip Specialist Technician. Jika breast pump masih menghadapi masalah yang sama selepas di servis, anda boleh menghantar semula kepada Lactaequip tanpa cas tambahan. Paling penting, kesemua cas yang dikenakan adalah berdasarkan harga ahli.

Jika anda membeli Medela US atau UK, besar kemungkinan anda tidak akan mendapat After Sale Service. Jika seller tersebut memberi After Sale Service, ianya hanya selama tempoh warranty berlangsung sahaja. Selepas warranty tamat, dan jika breast pump anda rosak, anda sendiri yang perlu menghantar breast pump anda ke Lactaequip untuk repair atau servis. Perlu diingat, Lactaequip tidak memberi servis kepada pengguna Medela US dan UK. Jika sekalipun mereka memberi servis, jumlah yang perlu anda bayar adalah dua kali ganda daripada jumlah harga yang perlu dibayar oleh Lactaequip Member. Sekali anda hantar breast pump ke Lactaequip, cas permulaan anda adalah RM120, itu adalah cas untuk 'tengok' sahaja mana-mana yang rosak, belum lagi campur repair charge yang perlu dibuat dan replacement parts charge (jika spare part perlu diganti). Pendek kata, sentiasa bersedia dengan minimum RM200 di dalam poket setiap kali anda ke Lactaequip untuk service breast pump, malahan mungkin nilainya lebih lagi. Anda boleh menghubungi sendiri Lactaequip untuk mengetahui charge yang sebenar!

Breast pump Insurance
Insurance ini bermaksud dari segi breast pump replacement originality, quality dan warranty. Perlu anda tahu, Medela Inc tidak pernah menjual Medela Freestyle rechargeable battery, Medela Freestyle motor pump dan spare part di dalam motor pump kepada mana-mana Authorized Dealer nya. Jangan keliru, saya maksudkan tentang motor pump dan isi kandungannya dan juga Medela Freestyle rechargeable battery, bukannya SoftFit breast shield, valve atau membrane yang memang anda boleh beli di mana-mana Authorized Dealer. Item-item ini adalah unlisted replacement part, maka ia hanya terdapat di setiap Authorized Distributor sahaja, dan dijual dalam keadaan new, unused dan original. Maka, jika anda mendapat servis dari Lactaequip, kesemua replacement parts yang anda perolehi dijamin 100% baru dan original. Malahan, anda membelinya pada harga ahli. Maka, jangka hayat breast pump anda terjamin kerana anda telah mendapat alat ganti yang ada warranty dan baru serta original.

Jika anda pengguna Medela US atau UK, anda hanya dapat membeli kesemua item tersebut pada harga yang tinggi di Lactaequip. Jika rechargeable battery dijual pada harga RM300 untuk ahli, anda pula perlu membeli dengan harga RM600. Jika motor pump anda rosak, harga di Lactaequip adalah RM1000 untuk ahli, tetapi untuk anda pengguna Medela US atau UK, sanggupkah anda membeli pada harga RM2000? (anda boleh semak sendiri harga terkini di Lactaequip).

Jangan pula tertipu dengan replacement-replacement tersebut yang dijual di pasaran. Jika kami sendiri sebagai Medela Authorized Dealer tidak diberi kebenaran untuk menjual mana-mana unlisted spare part untuk dijual kepada umum, inikan pula independent seller yang tiada kaitan dengan Lactaequip boleh menjualnya. Jika anda terlihat mana-mana unlisted spare part ini yang di jual di pasaran, ia mungkin adalah 'used' atau fake unit sahaja. Unlisted spare part ini juga hanya dijual oleh Authorized Distributor seperti US, UK dan Malaysia (LactaEquip) sahaja, bukan dijual oleh Dealernya. Maka, ianya bukan sesuatu yang mudah diperolehi di mana-mana pasaran Malaysia, US atau UK sendiri.

Mungkin anda takut untuk mendapat breast pump servis di Lactaequip kerana tidak mahu membayar cas ang mahal, maka anda menghantar breast pump tersebut ke mana-mana kedai electronic. Ya, besar kemungkinan breast pump anda boleh di repair. Tetapi, seperti yang saya ceritakan di atas, alat ganti Medela tidak dijual secara 'open' kepada umum. Maka, alat ganti yang diberi oleh kedai electronic tersebut adalah alat-alat ganti dari barangan yang mudah diperolehi seperti radio, laptop, komputer dan sebagainya. Mungkin alat ganti itu boleh dipakai untuk breast pump anda, tetapi performance dan lifespan breast pump anda tidak lagi sama berbanding anda menggunakan spare part yang direka khas oleh Medela sendiri. Mungkin selepas 3 bulan repair, ia akan rosak lagi, anda hantar servis lagi, maknanya kos lagi, tetapi sampai bila? Mungkin pada masa itu jika anda kira kos pelaburan sebenar untuk breast pump anda telah melebihi harga seunit Medela breast pump with Lactaequip warranty!

Carilah di mana-mana, anda tidak akan jumpa mana-mana replacement motor part atau rechargeable battery seperti yang dicipta oleh Medela, meskipun anda mencari di pasaran China! Jika tidak, sudah tentu anda mudah melihat klon Medela (bukan origin ya!), seperti Nokia dan Cokia (hope you get what I mean)..

As a summary
Sepanjang 2 tahun saya dalam bisnes, saya selalu terima call dari customer bertanya tentang Medela breast pump. Percaya atau tidak, 9/10 customer hanya ambil berat tentang warranty 1 thn yang diberikan, tetapi tidak kisah langsung dengan After Sale Service. Customer yang ingin membeli Medela breast pump dengan segera pula tanpa ambil kisah tentang risiko yang dihadapi akan call untuk servay harga sahaja. Jika saya jual RM1800, independent seller jual RM1500, mereka tidak langsung bertanya kenapa harga yang saya jual lebih tinggi, atau apa bezanya tentang warranty, after sale servis dan sebagainya. Ada antara mereka yang tidak aware wujudnya beberapa jenis Medela origin ini. Malahan mereka sendiri tidak tahu bahawa Lactaequip tidak iktiraf international warranty dan mengenakan double charge untuk pengguna Medela international ini.

Ada customer pula suka membuat andaian bahawa breast pump mereka tidak akan rosak, sebab kebarangkalian untuk rosak adalah 1 dalam 100. Tetapi mereka tidak pernah fikir jika merekalah yang berada dalam angka 1 tersebut. Selagi wujudnya 'Warranty for any Factory Defected', maka anda perlu sentiasa fikir 'It could be mine'!

Anda mungkin perlu membayar lebih harga jika membeli mana-mana Medela Breast pump with Lactaequip warranty berbanding rakan anda yang membeli US atau UK Medela breast pump. Tetapi, jika anda memikirkan tentang instant dan future benefit di samping 'Breast pump insurance' yang akan anda perolehi dari Lactaequip, anda tidak akan menyesal membelinya. Tetapi, jika anda hanya mahu selamatkan RM200-300 wang anda pada hari ini tetapi tidak kisah untuk membayar RM300-600 di kemudian hari, maka apa yang boleh saya katakan, pilihan di tangan anda. Anda yang berhak menentukannya!

Terima kasih lagi sekali kepada sumber
Fb Natural Parenting Store
Blog Lilkaistore

Halalkan perkongsian ini... Semoga semua pembaca mendapat manfaatnya :)

26 comments:

  1. Salam.. Saya baru je tadi beli Medela fs tp made in US dengan dealer and before this ada tanya dealer tu pasal after sale service and she said hantar kat lactaequip Jln ampang. I though semua Medela fs sama je and tak sangka Ada beza US, UK and Switzerland, further lagi la tak tahu service charge ada beza klu beli fs US and UK :(.. Klu saya baca blog ni awal inshallah saya akan keluar duit lebih dulu takpe sekarang ni dari bayar lebih kemudian hari.. Harap2 semua akan okay dgn fs saya sb nak guna utk relaktasi baby boy saya..

    ReplyDelete
  2. w'salam.... dia kata hntar tp beli tu dapat warranty Lactequip x? kalau xdapat mmg kena caj la... kalau dapat free... kakak sy hari tu minta tolong sy belikan...survey punye survey mmg jumpe macam2... last jumpe pages Natural Parenting Store/Shop kat fb..die la bgtau pasal warranty ni.. n bg link 1 blog tu.. tuk sy baca... baru la saya faham... n sy kongsi kan plak dalam blog sy sbb sy rase bende ni sgt penting tuk kita... yerla, kalau jadi pape lepas ni, at least kita ada tempat nak rujuk kan.. :D

    ReplyDelete
  3. Mana nak beli fs dgn Lactaequip warranty?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh beli dengan fb pages, Natural Parenting Store tu atau dtg sendiri ke Medela Service Centre kat Lot B2-M, Jalen Seloman I Dataran Palma, Off Jalan Ampang, Ampang, 68000, Ampang, Selangor 03-4270-1128 . Dekat sangat ngn bangunan ampang point... ;)

      Delete
  4. Bagus penjelasan ni.
    Tapi, izinkan saya "share"kan pendapat saya ye.
    Bukan semua org mampu nak beli Medela FS dr Lacta equipt pump yg berharga 2,299.00/unit. Untuk yg berduit, takde masalah.
    Tapi, untuk yang inginkan pump yg quality mcm medela FS tapi bermasalah untuk sediakan RM 2k ++, option yg terdapat pada seller2 online ni adalah yg terbaik.
    Semua org tau quality medela adalah yg terbaik dlm dunia. samaada US, UK atau malaysia. Ianya ada dr manufacturer yg sama (medela Switzerland). Saya sendiri pakai US punya. So far Alhamdulillah, dah 2 tahun takde masalah. Yg penting saya jaga pump tu elok2, jagn ada jatuh and keringkan acessories sebelum digunakan.
    Cuba pikir, kalau kos beli dr lacta equipt dah 2,300/pc. katakanlah dah 7 bulan pakaim pump rosak. hantar ke lacta equipt kos bukak jer dah RM300. tu belum masuk parts.. katakanlan motor rosak, kos motor RM 1000.. so campurkan dah RM1,300.00. ni harga warantee lacta ni.. kalau macam ni. baik saya beli yg US punya kat market,, Dlm 1400 - 1500 sets.. dapat yg baru. Kalau rosak pun dlm masa 6- 12 bulan, seller akan bagi yg baruinstead of Lacta nak kena tunggu parts sampai yg makan masa dlm 3-4 minggu... so, terpulangla pada masing2.

    tq.

    Ina

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas pendapat... saya pon just sharing je ape info yang saya dapat... mungkin ia berguna untuk mereka yang memilih medela fs.. saya sendiri xmampu lagi nak beli medela fs ni... heee... so betul la u bgtau tu... tpulang pada masing2... ikut kadaar kemampuan masing2 la...

      Delete
  5. awak beli dr seller mana yg ganti baru kalau pump rosak dlm masa 6-12 bulan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorri...saya xbeli, tp sy kan dh gtau kat atas tu, entri tu sy copy paste dr Blog Lilkaistore . mungkin dia yang beli....

      Delete
  6. Ada satu seller di shah alam.

    Ina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blh sharekan x nama seller tu?
      Atau klu ade no kontek dia lg ok....

      Kwn2 sy pn pki medela brand dr US je n so far (almost 2 years) now, alhamdulilah xde masalah.... Cuma sy x pernah dgr plk diorg ckp klu motor rosak in 6 mnths, seller tu bg free motor.... Klu ade seller yg mcm tu, lg OK... Sy pn interested.... :-)

      -suhaida

      Delete
    2. kalau saya, saya xsure.. tp boleh try search fb Natural Parenting Store tu then tanya dia..

      Delete
  7. sy mohon untuk syer dlm blog sy ye...tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan ;) sy pon copy paste jugak ... utk perkongsian bersama...

      Delete
  8. Hi,

    Ada org jual medela freestyle hanya RM1K shj....tapi x tau boleh percaya keh x? ni lah link dia http://kuching.olx.com.my/medela-freestyle-hands-free-breastpump-starter-kit-iid-444773879

    ReplyDelete
  9. Hi. Kalau risau pasal warranty beli aja ngan KCDREAM. Harga jual RM1500. Tambah lagi RM100 untuk dapat warranty selama setahun. Kalau pump rosak boleh tukar baru terus. Dia jual set UK. Bukan macam lactequip. Barang rosak yang dah dibaiki kita dapat balik. Saya dah beli. Alhamdulilah servis bagus.
    Ni link dia. www.kcdream2u.com

    ReplyDelete
  10. saya pun ada jual medela breastpump dgn harga RM 1400 include warranty.... just email or call jer hp sy.. 0126936326 / inbabystuff@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Saya dah pernah baca link ni sebelum ni. Terasa nak share sangat2 lantaran apa yg berlaku pada saya. Saya beli medela FS dari sebuah kedai barangan bayi di Bangi tahun 2009. Then tahun 2012 saya melahirkan anak. Plan nak guna balik medela FS tu. Tapi ada masalah sikit bila saya test sebelum nak guna. Hampir EDD, Saya bawak ke kedai tersebut,katanya kena hantar ke Lactaequip sbb mereka dealer Lactaequip.

    Saya pun bawak kesana--dah la sarat. Layanan sangat hampeh. Kata mereka kena beli baru. Saya minta tukar part yg rosak (sebab kawan saya beli dgn penjual lain, boleh dapat spare dan ganti part rosak--tak semahal beli baru). Kata Lactaequip, kalau alatganti 2nd hand jer ada. Itu pun tunggu 4 minggu. Dah nak bersalin, camne nak tunggu? Apa kes pulak bayar beratus-ratus alatganti 2nd hand?????

    Saya minta kawan saya tanya penjual dia, dia pun beli dah lama tahun 2008, dgn Ajasu, mybreastpumpshop.com. Kawan saya dpt alatganti baru, siap pulangkan part yg rosak balik. Dan pump kawan saya jalan pun ok. Saya minta kwn saya tanya boleh baikikan saya punya tak? Tapi Aja kata mmg mereka cuma terima repair dari pembeli mereka shj, walaupun dah beli 4-5 tahun mcm kwn saya.

    Desperate sgt sbb dah nak melahirkan, dan kawan saya pun dah buktikan yg Aja tu mmg ok sgt2...siap pump rosak ada bekalkan spare unit FS. Saya last2 beli set baru dari Ajasu. Search online pun org cakap dia mmg bagus After Sale Service. Saya mmg menyesal beli dr Lactaequip...takkan setiap kali anak lahir saya nak beli pump baru???

    _Mariam_
    Bangi

    ReplyDelete
  12. Salam semua.
    Lama tak masuk blog ni.
    saya beli dari sini. www.qbabyshoppe.com.my. owner dia nama Sal. kat seksyen 7 shah alam.

    Ina.

    ReplyDelete
  13. saya tumpang share info ini ya. thankx a lot dear.

    ReplyDelete
  14. Sgt membantu info dari komen dan blog ni utk org yg sedang survey2 medela fs nih mcm sy. Tq

    ReplyDelete
  15. Alahai, saya baru je dpt fs yg saya booking dari thn lps di natural parenting store... Baru je guna dlm seminggu ni.. Masih dlm pantang.. Masa booking, komen2 di atas lum wujud lg...
    Hopefully, xdelah problem dgn fs yg saya br dpt nih.. Puas kumpul duit :-|

    ReplyDelete
  16. Saya baru pakai FS dlm masa 4 bulan, beli dr kawan kat US.tapi baru smlm rosak, x boleh charging & direct guna plug pun x boleh. saya dah pegi lactequip kat Ampang dia kata motor rosak. motor mmg x boleh ganti & dia advice to trade in yg baru dgn syarat saya kena bg complete set yang dah saya beli dr US tu.boleh siapa2 bantu x. patut ke saya trade in.tq

    ReplyDelete
  17. salam Ain Zaujah, you ada facebook tak? Tolong saya cari owner lilkaistore yang buat entry ni boleh? sebab saya klik link awak bagi tu. Dah tak valid.

    Medela Freestyle saya rosak, saya beli second hand. Owner asal beli dengan lilkaistore.com ni. Saya tak dapat contact www.lilkaistore.com. Kalau betul penulisan asal ni dari lilkaistore, minta tolong bgtahu saya macamana nak contact mereka.

    Owner asal tu beli dengan lilkaistore.com, tapi tak dapat kad warranty Lactaequip. Tolong la saya

    ReplyDelete
  18. Do we hav to use converter when charge freestyle US set? Cz US voltage is 110v but Malaysia is 240v.

    ReplyDelete
  19. As salam,

    saya just nak share my experience pakai FS nie. saya beli FS dr www.mybreastpumpshop.com. Owner dia NAza aka Aja. saya beli early 2011 (for my 3rd child) and br je complete my bf journey end june ari tu. Alhamdulillah. Terpanggil nak share pengalaman pakai fs selama 2 tahun nie. 1st 9 mths, saya rase suction dh xkuat so saya contact naza and dia siap guide saya nak troubleshoot so die leh tau ape yg xkene. so die ckp kene ganti sparekits sbb normally kalau heavy duty pam mmg spareparts kene ganti every 7-9mths. logikla even keter pon kene servis and tuko sparepart kan. saya siap tukar lagik softfit breastshield. all in dlm 100++ utk 2 brg tuh. plus saya add on extra customized charger utk simpan kt opis je. :)

    1-2 days je dh dpt brg. teros post kt opis lunch dh bole pakai. bile pam rase cm dpt pam baru je...brla semangat nk meneruskan perjuangan. hehe.stok kt naza ni mmg ade je and semua brand new ye. naza pon xkisah utk share tips dlm pumping n nursing sbb die pon dh experienced (4/5 kids) and tandem nursing. saya br je mintak tip utk wean off pulak..:)

    saya dah rekomen 2 org beli pam dr naza. my friend (3rd child) and my sister (pon 3rd child gak). diorg ni xpernah beli pam mahal2. so bile diorg decide nk beli fs, saya rekomen beli dr naza. my friend memula nk beli dr online seller lain tp saya insist beli dr naza sbb xyah penin2 after sale service. so now dh 1y + pakai so far xder problem. My sister plak dh 9 mths pam, baru nie ade prob charger, so saya contact naza (sbb saya yg belikan utk my sister tru online sbb die bz), naza siap contact my sis and troubleshoot her pam over the phone. so far die nk tgk perlu ke tak tuko batery or etc. kalau hantar service pon naza akan bg spare pump so kiter xkan keputusan mengepam.

    to those yg still survey2, cuba singgah blog and email her and feel free to ask her. pilihan di tgn anda. Pada sayala, jgn mudah terpengaruh nk beli yg murah saje(diff pon 2-3 ratus je) yg penting after sales service (bukan warranty period saja ye) and mana nk dpt spare parts dgn mudah & cepat tuh yg lagik penting. kene pk jangka panjang sbb kiter nak pakai pam ni bukan sebulan dua kan, paling minimum pon 2 tahun.

    -salam ramadhan-

    Izzati

    ReplyDelete
  20. I want to sell my new batery medela fs. just used once. I bought this bcoz I thought my medela fs was getting problem with the battery. however, it was not. after sent for service, my medela get back to normal condition. rm 270 price is negotiable. only used once. within malaysia free postage. feel free to contact me 013-2494837

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails