السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Wednesday, May 30, 2012

Senaman Kegel utk Wanita dan Lelaki (baik juga utk Ibu Mengandung)

Assalamualaikum wrh wbt & Salam Ceria buat semua ~ (ceh,,, mcm ramai je yg bace blog ni kan...)

Hari ni chatting dgn kak ely, die offer 1 proposal yg menarik dan bagus tuk dipertimbangkan... dicelah² sembang-sembang kami tu... kak ely sempat berpesan suruh aku mulakan exercise kegel dari skrg.... reaksi ku... hahhhhhh?????? senaman kegel ? ape tu? jawapan kak ely sgt bagus, p google carik... hahahaha (reason die, kak ely dah kesuntukan waktu nak terangkan dan session chatting dh nak tamat... mcm ade had masa plak.. ekekeke)
so aku pon google la... jadi ini info yg leh dikongsikan....

SENAMAN KEGEL

A pelvic floor exercise, more commonly called a Kegel exercise (named after Dr. Arnold Kegel), consists of repeatedly contracting and relaxing the muscles that form part of the pelvic floor, now sometimes colloquially referred to as the "Kegel muscles". Several tools exist to help with these exercises, though many are ineffective.[1][2] Exercises are usually done to reduce urinary incontinence,[3] reduce urinary incontinence after childbirth [4], and reduce premature ejaculatory occurrences in men,[5] as well as to increase the size and intensity of erections.

sumber : Encik Wikipedia... ehehe

Senaman Kegel ( Senaman Kemutan )

Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan, baik lelaki mahu pun perempuan. Apabila kita melakukan senaman, otot kita bergerak cergas dan membina protin dalam otot berkenaan.Gerakkan otot melancarkan darah dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran.

Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota sulit lelaki dan perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.

Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing apabila tandas penuh.Jadi jika senaman kemutan ini dilakukan oleh mana-mana individu, baik lelaki atau perempuan, perasaan kurang selesa akan berlaku.Lelaki akan terasa lubang najis tersempal dan jika buang air besar rasa sembelit. Jika ada buasir, akan jadi ketara dan menyakitkan!

Untuk wanita pula jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih lagi jika kedua-dua paha itu dirapatkan. Jika paha direnggangkan sedikit mungkin perasaan terangsang itu kurang.

Cara melakukan senaman kemut ini untuk lelaki ialah seperti berikut, rapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat dan tahan nafas seketika antara tiga hingga lima saat, legakan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali.Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali cengkam 10 kali. Ketika melakukan senaman kemut, lelaki itu perlu dalam keadaan selesa iaitu sudah buang air besar dan kecil, baru lakukannya.Amalan mengemut ini mempunyai khasiatnya tersendiri.

Bagi lelaki, kemutan dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar erek, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan dan menjadikan penghujung zakar lebih padat dan kembang, seolah-olah zakar kelihatan besar bahagian depan!Untuk wanita, amalan kemutan dapat melangsingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi seperti angin keluar-masuk!Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan silaturrahim dengan pasangan. Hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih memberangsangkan.

Senaman kemutan tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana yang dipaparkan oleh maklumat dalam internet yang menjual kaedah membesarkan zakar dengan cara senaman kemutan yang kononnya amalan orang Arab.Bagaimanapun, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan kepada ereksi dan ketika zakar yang erek itu dikemutkan ketika melakukan penetrasi faraj, maka mudah untuk menyalurkan ereksi dalam faraj dan mudah untuk bergerak lancar jika gerakkan zakar dilakukan dalam keadaan kemut.

Malahan mengemut ketika erek dapat mengekalkan ereksi dan dapat bergerak dan mengubah posisi dan merendahkan kemungkinan darah tercicir keluar daripada otot zakar.Jika gerakkan zakar dilakukan dalam faraj dengan lelaki itu mengemut, pasangan akan dapat rasa nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakkan zakar dapat dikawal apabila gerakkan zakar dilakukan dalam keadaan berkemut. Jadi amalan kemut dan melakukan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi.

Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan

Sumber dari : http://infowanita.blogspot.com/2008/01/amal-senaman-kegehttp://www.blogger.com/img/blank.gifl-senaman-kemutan.html

Senaman Kegel (buat Ibu Hamil)



Sumber : Portal Alam Hamil

Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.

Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.

Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.

Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:

Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
Mengurang buasir

Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?
Ia cukup senang dibuat:

Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
Tahan selama 2-3saat
Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.

Sumber : Portal Alam Hamil

Terima Kasih Kak Ely coz sharing ilmu baru buat ain hari ini... (utk makluman, kak ely ni dh 2 chymata dan sgt menyokong susuibu yg terbaik buat bby ... hehe nak jadi semangat mcm dia tuk anak ain esok... insyaAllah... )

terima kasih pd sumber² jugak.. =)

Selamat Mencuba :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails